Friday 30 March 2012

Facebook mewajibkan semua page menggunakan Timeline



Ini adalah berita buruk untuk semua pemilik laman sosial Facebook yang tidak suka reka bentuk Timeline Facebook. Bermula hari ini, Facebook telah menguatkuasakan penggunaan Timeline kepada semua page.

Terdapat jutaan page jenama yang masih menggunakan reka bentuk lama hanya disebabkan oleh page asal Facebook sebelum ini. Mereka menggunakan tampilan asal untuk hadiah percuma, mereka meminta pelawat Like dan Share page mereka untuk pertandingan online,  tapi Timeline tidak mempunyai fungsi seperti itu.

Menurut Facebook, lapan juta jenama, dari pengeluar kereta, ke kumpulan rock, hingga ke The Montreal Gazette, telah bertukar jepada format baru Facebook iaitu Timeline hanya selepas 10 hari Timeline diperkenalkan.



Pada Pertengahan Disember 2011, Facebook telah melancarkan Timeline untuk semua pengguna tetapi seperti apa yang berlaku kepada facebook, jutaan pengguna yang menggunakan Timeline tidak berpuas hati dn mahu menukar kembali kepada tampilan lama Facebook. Tetapi kini pengguna Facebook telah sedikit sebanyak dapat menerima penggunaan Timeline untuk Facebook mereka.. Perkara yang sama turut berlaku kepada Timeline untuk page Facebook. Pada awalnya ramai yang tidak berpuas hati namun kini ramai yang telah dapat menerimanya.

Kepada anda yang telah menggunakan Facebook timeline tetapi tidak menyukainya, sila ke sini untuk mengetahui cara untuk membuang Facebook Timeline. Bagi anda yang ingin meneruskan penggunaan Timeline, sila klik sini untuk mengetahui beberapa maklumat penting mengenai Timeline.


Monday 26 March 2012

Instagram buka laman pra-pendaftaran untuk Android


Instagram, website perkongsian foto online paling  terkenal untuk iOS telah mengumumkan hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk mereka melancarkan Android App.

Dan pada hari ini, mereka telah mengorak langkah kepada Android App dengan membuka laman pra-pendaftaran untuk pengguna Android.

Sunday 25 March 2012

Ketahui Apa Itu Facebook Timeline


Facebook Timeline Checklist 



Perkara Pertama Perlu Dilakukan Pada Facebook Timeline Anda.


Sekarang anda telah memiliki Timeline yang baru(Anda tidak boleh kembali ke format yang lama, Oleh itu, inilah masa untuk anda mempelajari bagaimana cara untuk menggunakannya. Ia mempunyai banyak fungsi yang membuatkan privasi anda lebih mudah untuk diuruskan bergantung kepada siapa anda ingin berkongsi.


Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah semak Activity Log anda untuk semak informasi mengenai apakah yang anda kongsi bersama rakan-rakan anda.



Activity Log anda menyediakan banyak fungsi. Anda boleh menggunakannya untuk  segera menyembunyikan status lama anda telah dibuat pada masa lalu, atau memadamkannya, anda boleh juga menukarkannya kepada status unhide yang anda telah sembunyikan suatu ketika dahulu.


Sebagai tambahan, ia juga menunjukkan komen yang telah ada berikan pada rakan-rakan anda punya cerita / status / gambar dan akan membenarkan anda membuangnya juga. Segalanya dalam satu tempat.

Untuk ke sana, pergi Timeline anda, dan klik Activity Log.



Itu akan membuka Activity Log, dan kemudian anda boleh scroll ke bawah ke tempat cerita itu  (atau gunakan link tarikh pada bahagian bawah) untuk mencari post/cerita yang anda hendak sembunyikan. Lihat ikon-ikon pada bahagian kanan  yang mana satu disembunyikan dan yang yang mana dapat dilihat.




Anda kemudiannya boleh klik pada bulatan kecil/bulatan berpalang untuk memilih sama ada mahu menyorokkannya atau tidak.




Jika anda "Feature" sebuah cerita, ia akan mengambil kelebaran penuh Timeline anda, supaya dapat menarik perhatian pada bahagian itu. 


Seterusnya, memastikan anda tidak mempunyai apa-apa kemaskini status yang umum yang boleh dilihat oleh orang tidak dikenali. Ia sangat mudah dilakukan dengan pilihan "Limit Audience for Past Post" yang boleh dijumpai pada halaman Privacy Setting. Ini membolehkan anda mengubah semua kemaskini status (yang telah ditetapkan pada publik) kepada rakan sahaja. Ia tidak akan meninggalkan sebarang kesan pada kemaskini yang telah dihadkan.




Perkara seterusnya yang anda harus lakukan adalah kemaskini rakan anda kemaskini rakan anda kedalam sub-list rakan-rakan. Letakkan keluarga anda dalam senarai keluarga, rakan-rakan ke dalam senarai rakan-rakan dan sebagainya. Ini adalah penting untuk langkah berikutnya apabila anda mahu menetapkan pemilihan penonton.




Pergi kepada "About" (seperti Work/School/etc...) dan cari pilihan penonton untuk kawalan rakan yang dapat melihat profil anda.




Pergi kepada "Likes" (kemungkinan link spam pada halaman ini) - ini adalah cara untuk melakukannya. Edit Your Likes.


Pergi ke Timeline(tunggu sehingga page load sepenuhnya) dan biasakan diri anda dengan apa yang dilihat. Anda juga boleh pergi ke tahun yang diingini dengan memilih label tahun pada bahagian kanan. Anda akan dapat melihat semua status yang pernah anda hantar, beserta dengan komen dan banyak lagi.Setiap satu daripadanya anda akan mempunyai pilihan samaada mahu memadamkannya atau hanya menyembunyikannya dari timeline.




Anda juga boleh klik pada butang bintang kecil untuk melebarkan post pada halaman.


Selain itu, anda juga boleh menetapkan pilihan penonton bagi sesuatu post pada Timeline anda. Anda boleh mengubahnya mengikut apa sahaja yang anda mahu. Dengan memasukkan rakan anda ke dalam sub-list akan menjadikannya lebih mudah(Close friends/ Family/ Friends)






Setelah anda selesai dengan itu, anda perlu pergi ke seluruh gambar anda dan menetapkan tarikh beserta tempat  gambar itu diambil. Kemudian, Timeline akan mempamerkan gambar pada Timeline mengikut turutan, Bercampur dengan Event dan status.






Anda juga boleh menambah costum events. Sudah tentu anda menyimpan pelbagai koleksi tiket mengenai sesuatu perkara yang anda sertai. Anda boleh memasukkan kesemuanya beserta tempat dan tarikh dan ia akan bercampur dengan semua yang ada pada page anda. Gunakan Life Event untuk melakukannya.






Anda boleh menetapkan rakan anda untuk menjadi private jika anda mahu.


Anda boleh menetapkan Wall anda untuk menjadi private jika anda mahu.


Anda boleh membuang rakan anda dengan segera jika anda mahu.


jika anda mahu mengesahkan privasi anda mengikut apa yang anda mahukan, pergi ke Timeline anda dan dan pilih "View As".


Kemudian anda boleh menaip nama seseorang dalam kotak yang disediakan untuk mengetahui apa yang mereka lihat pada Timeline anda atau jika anda mahu melihat apa yang orang boleh lihat pada Timeline anda.



Timeline Remove- Disable timeline dengan mudah

“Facebook Timeline merupakan satu kesilapan besar pernah saya pilih”, “Saya Benci Timeline“, “Sila pulangkan profil lama saya”, “Facebook ! Tolong hentikan Timeline” di atas hanya beberapa respon negatif mengenai Facebook Timeline. Rakyat masih mahu menukar profil mereka.

Oleh itu, saya ingin berkongsi extension bagi pelayar untuk membuang Timeline dengan mudah. Extension  ini dipanggil Timeline Remove.

Timeline Remove adalah satu extension yang mudah dan hanya boleh dipasang pada Firefox dan Chrome Browser.

Bagaimana untuk Disable / Remove / Deactive / Delete Timeline:
1. Muatturun Timeline Remove berdasarkan pelayar anda.
Untuk Firefox, Muat turun Timeline Remove di sini
Untuk Google Chrome, Muat turun timeline Remov di sini
Untuk Internet Explorer, Muat turun Timeline Remove di sini
2. Kemudian install pada pelayar anda
Extension ini hanya berfungsi pada profil anda.

Untuk pengetahuan anda, tiada cara untuk membuang Facebook Timeline. Anda tidak akan dapat kembali kepada facebook anda yang asal seperti sebelum anda mencuba Facebook Timeline. Setiap akaun Facebook juga akan menjadi Facebook Timeline pada masa akan datang. Apa yang anda boleh lakukan hanyalah mempelajari cara-cara menggunakan Facebook Timeline ini.

Cara Membuat Keyboard Shortcut Untuk Sebarang Applikasi


Shortcut adalah satu kaedah yang mudah dan cepat  untuk membuka sesuatu applikasi. Sebagai contoh, anda gunakan Ctrl+Shift+Esc untuk membuka Task Manager. Setiap orang mempunyai pelbagai applikasi berlainan yang sering digunakan. Dengan menggunakan kaedah ini, anda boleh membuat pelbagai keyboard shortcut supaya memudahkan anda untuk membuka applikasi kegemaran anda tanpa perlu membukanya melalui shortcut menu.Anda tidak memerlukan sebarang perisian untuk membuat shortcut ini. Kaedah ini boleh dilakukan pada Windows Xp, Vista dan Windows 7.
Cara membuat keyboard shortcut:
1. Klik  pada butang Start, dan pergi ke mana-mana applikasi. (Saya memilih untuk menggunakan iTunes)

2. Right click pada program dan klik pada properties.
3. Pada shortcut key, tulis kata kunci yang anda ingin gunakan. (Saya gunakan I untuk iTunes)

4. Shortcut untuk applikasi anda akan tertulis Ctrl+Shift+Key (Shortcut saya Ctrl+Shift+I)
5. Tekan Ok untuk save perubahan yang anda lakukan pada applikasi dan kemudian tutup dialog box.
Sekarang anda boleh menggunakan shortcut untuk memulakan applikasi tanpa perlu mencarinya pada start menu.
Anda boleh membuat seberapa banyak keyboard shortcut yang anda mahu.

Membuat Pintasan Desktop Untuk Safely Remove Hardware


Apabila anda memasang  mana-mana external storage seperti USB/Memory Card dan lain-lain, dan memindahkan data daripadanya, jika external storage sedang digunakan oleh mana-mana sistem, dan anda menisahkannya dari komputer, data yang dipindahkan mungin akan rosak. 

Anda Sepatutnya sentiasa memastikan hardware device anda dipisahkan secara selamat supaya data di dalamnya tidak rosak. Tapi, kebanyakan orang sentiasa terlupa untuk melakukan perkara tersebut.

Tuesday 20 March 2012

Cara Format Windows 7- Tutorial Bergambar


Untuk format komputer atau format Windows 7 anda perlu membayar sekurang-kurangnya RM50. Tapi bagaimana pula sekiranya anda tahu cara-cara untuk format sendiri? Anda tidak perlu lagi bersusah-payah menghantar komputer anda ke kedai komputer untuk format atau tukar Windows.Anda juga akan dapat menyimpan duit anda yang boleh digunakan untuk membeli keperluan yang lain. Oleh itu, tak rugi untuk anda sekiranya anda mengetahui cara mudah dan selamat untuk format komputer anda.

The Offline Wiki: Wikipedia tanpa perlu sambungan internet

The Offline Wiki adakah satu aplikasi web yang menyimpan dan muat turun satu salinan hampir kesemua kandungan teks English Wikipedia supaya ia boleh diakses secara offline tanpa sambungan internet.

Thursday 8 March 2012

BERITA BAIK UNTUK PENGGUNA MAXIS DAN HOTLINK!


Maxis perkenal pelan hotlink Bagus

Peneraju perkhidmatan prabayar nombor satu negara, Maxis Berhad (Maxis) melancarkan pelan semua dalam satu, Hotlink bagus yang disasarkan kepada golongan muda, eksekutif muda, pelajar dan pelancong luar.

Wednesday 7 March 2012

JUSTIN BIEBER NAK KAHWIN??



Walaupun sudah mempunyai kekasih hati, penyanyi Never Say Never, Justin Bieber, masih enggan memikirkan soal rumah tangga dalam masa terdekat ini.