Wednesday, 25 April 2012

Firefox 12 Telah Dilancarkan


Baru-baru ini, Mozilla telah melancarkan versi penuh pelayar mereka yang terkenal, Mozilla Firefox 12.0 dan ia kini boleh didapati untuk dimuat turun untuk peranti Windows, Mac OS X dan Linux.

Mozilla Firefox 12.0 adalah versi terakhir dari Mozilla yang menyokong penggunaan sistem operasi Windows 2000, Windows XP RTM dan Windows XP service pack 1.


Apa Yang Terbaru Pada Mozilla Firefox 12.0:

-Windows: Firefox kini lebih mudah untuk dikemaskini dengan kurang penggunaan prompt (User Account Control)
-Sumber halaman kini mempunyai barisan nombor
-Line Breaks kini disokong pada tajuk
-Penambah baikan "Find in Page" untuk tempat mencari hasil pencarian
-URL yang dimasukkan pada 'Download Manager' kini akan dimuat turun secara automatik.
-Ruangan mengisi CSS telah boleh digunakan.
-Sokongan untuk text-align-last CSS property telah ditambah
-Sokongan percubaan untuk ECMA Script 6 Map and Set object telah dilaksanakan
-Tetap di mana prestasi WebGL boleh direndahkan di beberapa hardware OS X
Muat turun Mozilla firefox 12.0 dari sini


Sunday, 22 April 2012

digi wwwow award


Capshare : Muat Naik Tampilan Skrin ke Facebook Dengan Pantas


Apabila bercakap tentang print screen, pasti ramai yang terfikir tentang menggunakan cara yang lama iaitu dengan menekan butang print screen dan kemudian paste paparan tersebut pada Paint dan seterusnya potong bahagian yang tidak diperlukan dan pilih sama ada mahu muat naik ke atau save gambar tersebut pada komputer. Tapi, kini ada satu applikasi yang sangat mudah digunakan untuk menangkap paparan skrin yang dipanggil CapShare.

Capshare adalah satu applikasi untuk menangkap paparan skrin yang mudah dan sangat berguna yang meumdahkan anda untuk capture apa-apa sahaja gambar yang ada pada skrin anda dan dengan mudah anda boleh share pada Facebook.

Untuk menangkap paparan skrin, right click pada ikon notifikasi pada applikasi dan kemudian klik Start untuk capture (Win+C) dan sekarang untuk tangkap paparan skrin, bawa cursor mouse dan pilih bahagian yang diingini.


Sekarang, paparan skrin yang diambil akan dibuka pada CapShare secara automatik. Anda boleh menulis apa sahaja pada gambar dan anda juga boleh meletak link kepada screen capture tersebut dan kemudian share pada Facebook..

Anda juga boleh muat naik gambar dari komputer anda dan kemudian share pada Facebook.

Muat Turun CapShare di Sini

Saturday, 14 April 2012

Burn Note - Hantar Pesanan Rahsia Kepada Rakan


Dengan adanya laman ini, anda dapat mencipta dan menghantar pesanan rahsia kepada sesiapa sahaja.
Setelah pesanan tersebut dibuka dari internet, pesanan tersebut akan hilang dalam masa 3 minit dan tidak akan dapat dibuka kembali.

Pesanan anda akan kekal menjadi rahsia selama-lamanya kerana setiap pesanan ditulis menggunakan kod tersendiri sehinggakan admin laman tersebut juga tidak dapat membukanya.

Burn Notes hadir dalam SQL database tetapi tidak ada cara untuk mengetahui mesej tersebut. Untuk mencari sesuatu pesanan, sistem tersebut menggunakan ID anonymous yang akan dikemaskini 24 jam samaada dari pengirim atau penerima.

Berikut adalah langkah untuk menggunakan Burn Note

1) Buka laman Burn Note

2) Tulis pesanan rahsia anda

3) Salin URL yang diberikan dan hantar URL tersebut kepada penerima

4) Penerima akan diberitahu bahawa pesanan akan terpadam setelah dibaca

5) Penerima hanya diberikan masa selama 3 minit untuk membaca pesanan sebelum ianya terpadam

6) Pesanan sudah terpadam setelah melebihi 3 minit

Friday, 13 April 2012

Pintasan Gmail



Dengan menggunakan pintasan keyboard, anda dapat membuatkan sesuatu applikasi menjadi lebih pantas daripada menggunakan tetikus. Ini adalah beberapa pintasan keyboard yang boleh digunakan pada Gmail



http://mail.google.com

Anda boleh mendapatkan senarai penuh pintasan Gmail dengan menekan butang '?'. Untuk membezakan antara '?' dengan '/' pada kekunci yang sama, Tekan 'Shift'. Anda perlu mengaktifkan pintasan keyboard pada tetapan Mail.



C

C membawa maksud 'compose' dan membuat mesej baru. Dengan menekan Shift+C akan membuka mesej dalam tetingkap baru.



Shift + Enter

Setelah anda selesai menulis mesej, hantarkannya dengan menekan Shift + Enter



Z

Pintasan ini akan kembali kepada perkara terakhir yang dilakukan pada Gmail. Ini termasuk memadam tulisan atau memindahkan mesej dari sesuatu folder ke folder yang lain.



G

Untuk bertukar dari folder mailbox, anda boleh menggunakan kombinasi berikut:

G + I untuk Inbox

G + T untuk Sent Item

G + D untuk Draft

G + C untuk Contacts

G + B untuk Buzz



O

Gunakan anak panah untuk scroll menerusi Inbox anda dan tekan butang 'O' untuk membuka sesuatu mesej



R

Gunakan pintasan ini untuk membalas sesuatu mesej. Dengan menekan A akan membalas kepada semua penerimadan butang F akan forward mesej tersebut



Ctrl + S

Pintasan ini akan menyimpan mesej anda sebagai draft



#

Dengan menekan butang # atau butang Delete akan memindahkan mesej ke folder Trash



/

Dengan menekan kekunci palang akan membawa cursor anda pada Search Box supaya anda boleh mencari sesuatu mesej dengan mudah.

Thursday, 12 April 2012

15 Blog Google Yang Harus Diketahui


Blog rasmi Google adalah laman yang harus diketahui oleh setiap orang untuk mengetahui tentang sesuatu yang baru mengenai  kemaskini google yang terbaru. Ini adalah antara 15 laman yang harus diketahui.
1. Analytics
http://analytics.blogspot.com

2. Android Developers
http://android-developers.blogspot.com

3. Blogger
http://buzz.blogger.com

4. Chrome
http://chrome.blogspot.com

5. Docs
http://googledocs.blogspot.com

6. Gmail
http://gmailblog.blogspot.com

7. Google+
http://googleplusplatform.blogspot.com

8. Green
http://googlegreenblog.blogspot.com

9. Latlong
http://google-latlong.blogspot.com

10. Mobile
http://googlemobile.blogspot.com

11. Search
http://insidesearch.blogspot.com

12. Security
http://googleonlinesecurity.blogspot.com

13. SketchUp
http://sketchupdate.blogspot.com

14. Translate
http://googletranslate.blogspot.com

15. YouTube UK
http://youtube-global.blogspot.com

Wednesday, 4 April 2012

Applikasi Instagram Untuk Android Telah Dilancarkan


Pada hari ni, akhirnya apa yang ditunggu-tunggu oleh pengguna android telah tiba. Instagram kini telah tiba pada Google Play. Beberapa minggu lepas, pengasas bersama Instagram telah mengumunkan pada pengunjung SXSW bahawa Instagram tidak lama lagi akan tiba untuk pengguna peranti Android dan pada minggu lepas juga mereka telah membuka laman pra-pendaftaran untuk Instagram bagi Android. Mulai hai ini, ia boleh didapati pada Google Play.

Instagram ialah laman perkongsian foto yang terkenal bagi peranti Apple dan telah dilancarkan pada Oktober 2010 oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger. Instagram adalah salah satu cara yang pantas, cantik dan menyeronokkan untuk berkongsi kehidupan harian anda bersama rakan-rakan anda melalui beberapa siri gambar.

Untuk menggunakan Instagram, terlebih dahulu anda perlu log masuk atau mendaftar pada Instagram dan kemudian snap satu gambar, pilih satu filter untuk mengubah tampilannya, putar gambar, tambah frame dan juga mengubah pencahayaan pada gambar.

Gambar yang dikongsi pada Instagramboleh dimuat naik dengan mudah pada laman sosial seperti Facebook, Foursquare, Tumblr Dan Twitter. Anda juga boleh membuat Geotag untuk gambar anda dan juga menambah caption.


Ciri-ciri Instagram:-
-100 custom design filters dan boarder percuma
-Lux menjadikan gambar anda lebih berseri-seri dan menjadikan gambar anda lebih jelas dari yang asal.
-Perkongsian serta-merta pada Facebook, Twitter, Tumblr, dan Foursquare (akan beroperasi pada Flickr pada masa hadapan)
-Berinteraksi dengan rakan-rakan melalui pemberian dan penerimaan Like dan komen
-Beroperasi pada Android versi 2.2 dan ke atas dan menyokong OpenGL ES 2-menyokong kamera depan dan belakang.
Muat turun Instagram dari Google Play