Sunday 26 February 2012

Fenomena FACEBOOK


Sekarang ni Facebook bukan lagi media untuk berkenalan sahaja.. Sebaliknya, ia telah menjadi satu fenomena, satu perasaan 'bangga' kepada mereka yang mempunyai akaun dan kenalan dari seluruh dunia..


Variasi peristiwa, sejarah, terakam melalui Facebook.. Ada antaranya yang baik, dan tak kurang juga yang sedih dan tragis.. Namun apabila kesemua ini disimpulkan, maka tidak hairanlah menggodam akaun Facebook telah menjadi impian dan KEGILAAN dan kemudian menjadi satu TREND kepada mereka yang mahukannya dan cuba untuk mempelajarinya..

Melalui kajian yang saya lakukan, hampir 90% pembaca mahupun yang 'kebetulan' singgah ke blog ni ataupun blog saya yang “INI” atau yang "INI" mahukan cara yang paling SENANG untuk menggodam Facebook dan kalau boleh mahukan satu  software yang mudah digunakan .. Kata kunci “HOW TO HACK FACEBOOK ACCOUNT” yang dulu menjadi kegemaran kini bertukar menjadi “FREE FACEBOOK PASSWORD HACKING SOFTWARE”. Sudahlah nak yang PERCUMA, nak yang SENANG, tak nak pulak belajar dari asasnya! So now you're ready to listen to me? Lets move on..

Keylogger - Fakta: Jika anda KERAP download pelbagai tool yang ‘KONONNYA’ dapat menggodam password Facebook secara PERCUMA dan MUDAH lagi SENANG tanpa memeningkan kepala dan menyusahkan diri anda yang malas, maka persiapkanlah komputer dan laptop anda dengan ANTIVIRUS yang kuat dan paling LATEST.. Kerana kebiasaannya software yang ‘KONONNYA PERCUMA’ lagi MUDAH digunakan ini mengandungi keylogger atau trojan di dalamnya. Nak lagi best? Kalau dah mula rasa prestasi komputer mula menurun, maka jangan hairan jika duit dalam bank 'GHAIB TIBA TIBA', atau akaun-akaun anda yang lain pula digodam oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
SO YOU THINK YOU CAN HACK??

Phisher - Fakta: Pernah guna tool yang KONONNYA meminta anda untuk memasukkan maklumat diri (credentials) seperti alamat e-mel serta kata laluan untuk dapat mendapatkan ataupun menggunakan software tersebut, maka anda secara langsungnya memberikan maklumat sulit anda itu kepada pembuat software berkenaan! Macam mana pulak tu? Mudah, apabila phishing melalui e-mel menjadi semakin sukar, maka tool yang bertindak sebagai 'phishing page' a.k.a phisher menggantikannya dengan menempatkan diri kepada dekstop anda atas kerelaan anda sendiri. Yap.. Apabila anda klik pada butang 'Hack' (atau apa saja yang tertera) ia akan memaparkan GUI seolah-olah 'hacking in progress'. Tapi akhir keputusannya ZERO, NADA, ZILCH. Nak yang percuma lagi kan?

Youtube - Fakta: Semuanya 'auta' belaka! Cuba search ‘Hacking Facebook Password’.. Berjuta video yang menunjukkan cara mudah untuk Hack akaun Facebook.. Tiada satu pun software yang datang dari Youtube diberikan secara PERCUMA tanpa ada Udang Di Sebalik MEE! Nak apa lagi dari software percuma?? Virus lah! Kalau tak percaya cuba download salah satu software yang mendakwa dapat menggodam Facebook dengan mudah.
Ada alert dari antivirus? Ada kan!!
Err.. Habis tak kan takda langsung yang berkesan?? Tak ada lah cik adik oi!!

Perkhidmatan Godam Dalam Talian - Fakta: Mereka yang mencipta laman web seperti ini tidak lain tidak bukan mahu mendapatkan keuntungan yang tinggi dari hasil KEMALASAN anda.. Mungkin ada sesetengah dari anda yang sanggup membayar orang lain supaya godamkan akaun pasangan, kawan mahupun musuh.. Orang seperti inilah target dalam kaedah pemasaran laman-laman web seperti itu. MUNGKIN, dan sekali lagi MUNGKIN ada yang benar, namun sanggupkah anda membayar dalam mata wang USD? Kalau sanggup dipersilakan. Tapi hasilnya tiada jaminan! Pandai pandai la hidup..

Sebelum anda terkena tolong beringat sikit dan tolong 'peringatkan' jugak pada kawan-kawan yang ada niat seperti di atas.. Jangan kerana software kecil yang bersaiz tak sampai 1MB, seluruh hidup anda kucar kacir jadinya.. Cuba rajin-rajinkan diri, pertingkatkan lagi ilmu anda, dan jadilah manusia yang dapat membezakan antara baik dan buruk realiti di dunia siber ini!!

Petuanya, belajar Bahasa Inggeris pandai-pandai, ambil tahu 'bahasa IT' sampai cekap, InsyaAllah selamat.
Ni semua pesanan saya yang jugak pernah mencuba semua apa yang di atas dan hasilnya.. Saya terpaksa FORMAT laptop saya beberapa kali kerana telah dimasuki MALWARE.. Nasib baik saya tahu cara Format Windows.. Jadi tak perlulah saya menghabiskan RM50++ untuk hantar laptop ke kedai computer..

3 comments:

  1. can I share this iformation/ artikel on my blog...
    credited to you..

    ReplyDelete
  2. for sure you can..

    ReplyDelete
  3. boleh tolong hack acc facebook tak?

    ReplyDelete