Untuk format komputer atau format Windows 7 anda perlu membayar sekurang-kurangnya RM50. Tapi bagaimana pula sekiranya anda tahu cara-cara untuk format sendiri? Anda tidak perlu lagi bersusah-payah menghantar komputer anda ke kedai komputer untuk format atau tukar Windows.Anda juga akan dapat menyimpan duit anda yang boleh digunakan untuk membeli keperluan yang lain. Oleh itu, tak rugi untuk anda sekiranya anda mengetahui cara mudah dan selamat untuk format komputer anda.