Showing posts with label SHORTCUT. Show all posts
Showing posts with label SHORTCUT. Show all posts

Sunday, 25 March 2012

Cara Membuat Keyboard Shortcut Untuk Sebarang Applikasi


Shortcut adalah satu kaedah yang mudah dan cepat  untuk membuka sesuatu applikasi. Sebagai contoh, anda gunakan Ctrl+Shift+Esc untuk membuka Task Manager. Setiap orang mempunyai pelbagai applikasi berlainan yang sering digunakan. Dengan menggunakan kaedah ini, anda boleh membuat pelbagai keyboard shortcut supaya memudahkan anda untuk membuka applikasi kegemaran anda tanpa perlu membukanya melalui shortcut menu.Anda tidak memerlukan sebarang perisian untuk membuat shortcut ini. Kaedah ini boleh dilakukan pada Windows Xp, Vista dan Windows 7.
Cara membuat keyboard shortcut:
1. Klik  pada butang Start, dan pergi ke mana-mana applikasi. (Saya memilih untuk menggunakan iTunes)

2. Right click pada program dan klik pada properties.
3. Pada shortcut key, tulis kata kunci yang anda ingin gunakan. (Saya gunakan I untuk iTunes)

4. Shortcut untuk applikasi anda akan tertulis Ctrl+Shift+Key (Shortcut saya Ctrl+Shift+I)
5. Tekan Ok untuk save perubahan yang anda lakukan pada applikasi dan kemudian tutup dialog box.
Sekarang anda boleh menggunakan shortcut untuk memulakan applikasi tanpa perlu mencarinya pada start menu.
Anda boleh membuat seberapa banyak keyboard shortcut yang anda mahu.

Membuat Pintasan Desktop Untuk Safely Remove Hardware


Apabila anda memasang  mana-mana external storage seperti USB/Memory Card dan lain-lain, dan memindahkan data daripadanya, jika external storage sedang digunakan oleh mana-mana sistem, dan anda menisahkannya dari komputer, data yang dipindahkan mungin akan rosak. 

Anda Sepatutnya sentiasa memastikan hardware device anda dipisahkan secara selamat supaya data di dalamnya tidak rosak. Tapi, kebanyakan orang sentiasa terlupa untuk melakukan perkara tersebut.