Saturday 14 April 2012

Burn Note - Hantar Pesanan Rahsia Kepada Rakan


Dengan adanya laman ini, anda dapat mencipta dan menghantar pesanan rahsia kepada sesiapa sahaja.
Setelah pesanan tersebut dibuka dari internet, pesanan tersebut akan hilang dalam masa 3 minit dan tidak akan dapat dibuka kembali.

Pesanan anda akan kekal menjadi rahsia selama-lamanya kerana setiap pesanan ditulis menggunakan kod tersendiri sehinggakan admin laman tersebut juga tidak dapat membukanya.

Burn Notes hadir dalam SQL database tetapi tidak ada cara untuk mengetahui mesej tersebut. Untuk mencari sesuatu pesanan, sistem tersebut menggunakan ID anonymous yang akan dikemaskini 24 jam samaada dari pengirim atau penerima.

Berikut adalah langkah untuk menggunakan Burn Note

1) Buka laman Burn Note

2) Tulis pesanan rahsia anda

3) Salin URL yang diberikan dan hantar URL tersebut kepada penerima

4) Penerima akan diberitahu bahawa pesanan akan terpadam setelah dibaca

5) Penerima hanya diberikan masa selama 3 minit untuk membaca pesanan sebelum ianya terpadam

6) Pesanan sudah terpadam setelah melebihi 3 minit

No comments:

Post a Comment