Sunday, 22 April 2012

Capshare : Muat Naik Tampilan Skrin ke Facebook Dengan Pantas


Apabila bercakap tentang print screen, pasti ramai yang terfikir tentang menggunakan cara yang lama iaitu dengan menekan butang print screen dan kemudian paste paparan tersebut pada Paint dan seterusnya potong bahagian yang tidak diperlukan dan pilih sama ada mahu muat naik ke atau save gambar tersebut pada komputer. Tapi, kini ada satu applikasi yang sangat mudah digunakan untuk menangkap paparan skrin yang dipanggil CapShare.

Capshare adalah satu applikasi untuk menangkap paparan skrin yang mudah dan sangat berguna yang meumdahkan anda untuk capture apa-apa sahaja gambar yang ada pada skrin anda dan dengan mudah anda boleh share pada Facebook.

Untuk menangkap paparan skrin, right click pada ikon notifikasi pada applikasi dan kemudian klik Start untuk capture (Win+C) dan sekarang untuk tangkap paparan skrin, bawa cursor mouse dan pilih bahagian yang diingini.


Sekarang, paparan skrin yang diambil akan dibuka pada CapShare secara automatik. Anda boleh menulis apa sahaja pada gambar dan anda juga boleh meletak link kepada screen capture tersebut dan kemudian share pada Facebook..

Anda juga boleh muat naik gambar dari komputer anda dan kemudian share pada Facebook.

Muat Turun CapShare di Sini

No comments:

Post a Comment