Friday, 13 April 2012
Pintasan Gmail
Dengan menggunakan pintasan keyboard, anda dapat membuatkan sesuatu applikasi menjadi lebih pantas daripada menggunakan tetikus. Ini adalah beberapa pintasan keyboard yang boleh digunakan pada Gmail
http://mail.google.com
Anda boleh mendapatkan senarai penuh pintasan Gmail dengan menekan butang '?'. Untuk membezakan antara '?' dengan '/' pada kekunci yang sama, Tekan 'Shift'. Anda perlu mengaktifkan pintasan keyboard pada tetapan Mail.
C
C membawa maksud 'compose' dan membuat mesej baru. Dengan menekan Shift+C akan membuka mesej dalam tetingkap baru.
Shift + Enter
Setelah anda selesai menulis mesej, hantarkannya dengan menekan Shift + Enter
Z
Pintasan ini akan kembali kepada perkara terakhir yang dilakukan pada Gmail. Ini termasuk memadam tulisan atau memindahkan mesej dari sesuatu folder ke folder yang lain.
G
Untuk bertukar dari folder mailbox, anda boleh menggunakan kombinasi berikut:
G + I untuk Inbox
G + T untuk Sent Item
G + D untuk Draft
G + C untuk Contacts
G + B untuk Buzz
O
Gunakan anak panah untuk scroll menerusi Inbox anda dan tekan butang 'O' untuk membuka sesuatu mesej
R
Gunakan pintasan ini untuk membalas sesuatu mesej. Dengan menekan A akan membalas kepada semua penerimadan butang F akan forward mesej tersebut
Ctrl + S
Pintasan ini akan menyimpan mesej anda sebagai draft
#
Dengan menekan butang # atau butang Delete akan memindahkan mesej ke folder Trash
/
Dengan menekan kekunci palang akan membawa cursor anda pada Search Box supaya anda boleh mencari sesuatu mesej dengan mudah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment