Wednesday, 4 April 2012

Applikasi Instagram Untuk Android Telah Dilancarkan


Pada hari ni, akhirnya apa yang ditunggu-tunggu oleh pengguna android telah tiba. Instagram kini telah tiba pada Google Play. Beberapa minggu lepas, pengasas bersama Instagram telah mengumunkan pada pengunjung SXSW bahawa Instagram tidak lama lagi akan tiba untuk pengguna peranti Android dan pada minggu lepas juga mereka telah membuka laman pra-pendaftaran untuk Instagram bagi Android. Mulai hai ini, ia boleh didapati pada Google Play.

Instagram ialah laman perkongsian foto yang terkenal bagi peranti Apple dan telah dilancarkan pada Oktober 2010 oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger. Instagram adalah salah satu cara yang pantas, cantik dan menyeronokkan untuk berkongsi kehidupan harian anda bersama rakan-rakan anda melalui beberapa siri gambar.

Untuk menggunakan Instagram, terlebih dahulu anda perlu log masuk atau mendaftar pada Instagram dan kemudian snap satu gambar, pilih satu filter untuk mengubah tampilannya, putar gambar, tambah frame dan juga mengubah pencahayaan pada gambar.

Gambar yang dikongsi pada Instagramboleh dimuat naik dengan mudah pada laman sosial seperti Facebook, Foursquare, Tumblr Dan Twitter. Anda juga boleh membuat Geotag untuk gambar anda dan juga menambah caption.


Ciri-ciri Instagram:-
-100 custom design filters dan boarder percuma
-Lux menjadikan gambar anda lebih berseri-seri dan menjadikan gambar anda lebih jelas dari yang asal.
-Perkongsian serta-merta pada Facebook, Twitter, Tumblr, dan Foursquare (akan beroperasi pada Flickr pada masa hadapan)
-Berinteraksi dengan rakan-rakan melalui pemberian dan penerimaan Like dan komen
-Beroperasi pada Android versi 2.2 dan ke atas dan menyokong OpenGL ES 2-menyokong kamera depan dan belakang.
Muat turun Instagram dari Google Play

No comments:

Post a Comment