Wednesday, 7 March 2012
JUSTIN BIEBER NAK KAHWIN??
Walaupun sudah mempunyai kekasih hati, penyanyi Never Say Never, Justin Bieber, masih enggan memikirkan soal rumah tangga dalam masa terdekat ini.
Bieber, 18, mengakui akan memikirkan soal perkahwinan apabila usianya menginjak 28 tahun.
“Saya hanya ingin menumpukan soal karier buat masa ini. Saya rasa janggal bercakap soal perkahwinan kerana masih muda.
“Selain bidang nyanyian, saya ingin mencuba dalam bidang lakonan. Saya rasa, saya boleh berlakon.
“Lagipun, macam mana saya mahu berkahwin kalau ibu saya sering memerhatikan setiap masa. Ibu masih menganggap saya budak-budak lagi,” kata kekasih, Selena Gomez ini.
Pun begitu, Bieber berkata, dia semakin selesa bersama Selena dan ingin mengahwini penyanyi itu bila tiba masanya nanti.
" Selena juga masih muda. Banyak impian yang ingin dicapainya. Jadi buat masa ini, kami ingin fokus pada karier. Soal kahwin, kalau sudah tiba masanya, akan jadi kenyataannya juga. Lagipun kami sangat sukakan kanak-kanak," kata Bieber.
Labels:
HIBURAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment