Apabila anda memasang mana-mana external storage seperti USB/Memory Card dan lain-lain, dan memindahkan data daripadanya, jika external storage sedang digunakan oleh mana-mana sistem, dan anda menisahkannya dari komputer, data yang dipindahkan mungin akan rosak.
Anda Sepatutnya sentiasa memastikan hardware device anda dipisahkan secara selamat supaya data di dalamnya tidak rosak. Tapi, kebanyakan orang sentiasa terlupa untuk melakukan perkara tersebut.
Anda boleh membuat shortcut untuk safely remove hardware pada desktop supaya lebih mudah untuk dilihat dan lebih mudah untuk digunakan.
Cara-caranya:
1. Right click pada Desktop anda dan klik pada New.
2. Pilih pilihan shortcut dari dalam tab new
3. Dalam lokasi Browse copy dan paste ayat ini:
RunDll32.exe shell32.dll, Control_RunDLL hotplug.dll
4. Klik butang Next.
5. Sekarang, ia akan meminta anda untuk menamakan shortcut tersebut. Namakannya Safely Remove USB dan klik butang Finish,
Akan terdapat ikon shortcut pada Desktop. Anda hanya perlu klik dua kali dan external media boleh dipisahkan sengan selamat.
Shortcut ini sangat berguna sekiranya ikon Safely Remove hilang dari notification area. Langkah ini berfungsi pada Windows 7, Vista dan XP.
No comments:
Post a Comment