Sunday, 25 March 2012

Ketahui Apa Itu Facebook Timeline


Facebook Timeline Checklist 



Perkara Pertama Perlu Dilakukan Pada Facebook Timeline Anda.


Sekarang anda telah memiliki Timeline yang baru(Anda tidak boleh kembali ke format yang lama, Oleh itu, inilah masa untuk anda mempelajari bagaimana cara untuk menggunakannya. Ia mempunyai banyak fungsi yang membuatkan privasi anda lebih mudah untuk diuruskan bergantung kepada siapa anda ingin berkongsi.


Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah semak Activity Log anda untuk semak informasi mengenai apakah yang anda kongsi bersama rakan-rakan anda.



Activity Log anda menyediakan banyak fungsi. Anda boleh menggunakannya untuk  segera menyembunyikan status lama anda telah dibuat pada masa lalu, atau memadamkannya, anda boleh juga menukarkannya kepada status unhide yang anda telah sembunyikan suatu ketika dahulu.


Sebagai tambahan, ia juga menunjukkan komen yang telah ada berikan pada rakan-rakan anda punya cerita / status / gambar dan akan membenarkan anda membuangnya juga. Segalanya dalam satu tempat.

Untuk ke sana, pergi Timeline anda, dan klik Activity Log.



Itu akan membuka Activity Log, dan kemudian anda boleh scroll ke bawah ke tempat cerita itu  (atau gunakan link tarikh pada bahagian bawah) untuk mencari post/cerita yang anda hendak sembunyikan. Lihat ikon-ikon pada bahagian kanan  yang mana satu disembunyikan dan yang yang mana dapat dilihat.




Anda kemudiannya boleh klik pada bulatan kecil/bulatan berpalang untuk memilih sama ada mahu menyorokkannya atau tidak.




Jika anda "Feature" sebuah cerita, ia akan mengambil kelebaran penuh Timeline anda, supaya dapat menarik perhatian pada bahagian itu. 


Seterusnya, memastikan anda tidak mempunyai apa-apa kemaskini status yang umum yang boleh dilihat oleh orang tidak dikenali. Ia sangat mudah dilakukan dengan pilihan "Limit Audience for Past Post" yang boleh dijumpai pada halaman Privacy Setting. Ini membolehkan anda mengubah semua kemaskini status (yang telah ditetapkan pada publik) kepada rakan sahaja. Ia tidak akan meninggalkan sebarang kesan pada kemaskini yang telah dihadkan.




Perkara seterusnya yang anda harus lakukan adalah kemaskini rakan anda kemaskini rakan anda kedalam sub-list rakan-rakan. Letakkan keluarga anda dalam senarai keluarga, rakan-rakan ke dalam senarai rakan-rakan dan sebagainya. Ini adalah penting untuk langkah berikutnya apabila anda mahu menetapkan pemilihan penonton.




Pergi kepada "About" (seperti Work/School/etc...) dan cari pilihan penonton untuk kawalan rakan yang dapat melihat profil anda.




Pergi kepada "Likes" (kemungkinan link spam pada halaman ini) - ini adalah cara untuk melakukannya. Edit Your Likes.


Pergi ke Timeline(tunggu sehingga page load sepenuhnya) dan biasakan diri anda dengan apa yang dilihat. Anda juga boleh pergi ke tahun yang diingini dengan memilih label tahun pada bahagian kanan. Anda akan dapat melihat semua status yang pernah anda hantar, beserta dengan komen dan banyak lagi.Setiap satu daripadanya anda akan mempunyai pilihan samaada mahu memadamkannya atau hanya menyembunyikannya dari timeline.




Anda juga boleh klik pada butang bintang kecil untuk melebarkan post pada halaman.


Selain itu, anda juga boleh menetapkan pilihan penonton bagi sesuatu post pada Timeline anda. Anda boleh mengubahnya mengikut apa sahaja yang anda mahu. Dengan memasukkan rakan anda ke dalam sub-list akan menjadikannya lebih mudah(Close friends/ Family/ Friends)






Setelah anda selesai dengan itu, anda perlu pergi ke seluruh gambar anda dan menetapkan tarikh beserta tempat  gambar itu diambil. Kemudian, Timeline akan mempamerkan gambar pada Timeline mengikut turutan, Bercampur dengan Event dan status.






Anda juga boleh menambah costum events. Sudah tentu anda menyimpan pelbagai koleksi tiket mengenai sesuatu perkara yang anda sertai. Anda boleh memasukkan kesemuanya beserta tempat dan tarikh dan ia akan bercampur dengan semua yang ada pada page anda. Gunakan Life Event untuk melakukannya.






Anda boleh menetapkan rakan anda untuk menjadi private jika anda mahu.


Anda boleh menetapkan Wall anda untuk menjadi private jika anda mahu.


Anda boleh membuang rakan anda dengan segera jika anda mahu.


jika anda mahu mengesahkan privasi anda mengikut apa yang anda mahukan, pergi ke Timeline anda dan dan pilih "View As".


Kemudian anda boleh menaip nama seseorang dalam kotak yang disediakan untuk mengetahui apa yang mereka lihat pada Timeline anda atau jika anda mahu melihat apa yang orang boleh lihat pada Timeline anda.



No comments:

Post a Comment