Tuesday 20 March 2012

The Offline Wiki: Wikipedia tanpa perlu sambungan internet

The Offline Wiki adakah satu aplikasi web yang menyimpan dan muat turun satu salinan hampir kesemua kandungan teks English Wikipedia supaya ia boleh diakses secara offline tanpa sambungan internet.


Terdapat dua set data boleh didapati untuk muat turun, 14MB untuk versi kecil dan 1GB untuk yang lebih besar. Anda boleh membuat pilihan dari seting halaman. 1GB adalah lebih digalakkan, yang merupakan keseluruhan fail yang sangat lengkap dan satu indeks. Muat turun bermula hampir sebaik sahaja selepas anda mengubah setting.


The Offline Wiki betul-betul berguna selepas dimuat turun. Taip kata kunci  dalam petak pencarian atau pelayar melalui indeks untuk mencari halaman yang anda cari.
Offline Wiki telah diuji di iOS 5, Chrome, dan Firefox. Ia berjalan dengan baik di Chrome, yang mana anda juga boleh memasang extension, Offline Wiki, untuk beroperasi dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment