Friday, 30 March 2012

Facebook mewajibkan semua page menggunakan Timeline



Ini adalah berita buruk untuk semua pemilik laman sosial Facebook yang tidak suka reka bentuk Timeline Facebook. Bermula hari ini, Facebook telah menguatkuasakan penggunaan Timeline kepada semua page.

Terdapat jutaan page jenama yang masih menggunakan reka bentuk lama hanya disebabkan oleh page asal Facebook sebelum ini. Mereka menggunakan tampilan asal untuk hadiah percuma, mereka meminta pelawat Like dan Share page mereka untuk pertandingan online,  tapi Timeline tidak mempunyai fungsi seperti itu.

Menurut Facebook, lapan juta jenama, dari pengeluar kereta, ke kumpulan rock, hingga ke The Montreal Gazette, telah bertukar jepada format baru Facebook iaitu Timeline hanya selepas 10 hari Timeline diperkenalkan.



Pada Pertengahan Disember 2011, Facebook telah melancarkan Timeline untuk semua pengguna tetapi seperti apa yang berlaku kepada facebook, jutaan pengguna yang menggunakan Timeline tidak berpuas hati dn mahu menukar kembali kepada tampilan lama Facebook. Tetapi kini pengguna Facebook telah sedikit sebanyak dapat menerima penggunaan Timeline untuk Facebook mereka.. Perkara yang sama turut berlaku kepada Timeline untuk page Facebook. Pada awalnya ramai yang tidak berpuas hati namun kini ramai yang telah dapat menerimanya.

Kepada anda yang telah menggunakan Facebook timeline tetapi tidak menyukainya, sila ke sini untuk mengetahui cara untuk membuang Facebook Timeline. Bagi anda yang ingin meneruskan penggunaan Timeline, sila klik sini untuk mengetahui beberapa maklumat penting mengenai Timeline.


No comments:

Post a Comment